top of page

Sumbangan Sempena Gotong-Royong Alih Paip Mangkulat–Podos

  • nabalunews
  • Feb 2
  • 1 min read

2 Februari 2026


KOTA BELUD: Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Fandhy Rajin daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian telah menyampaikan sumbangan sempena program gotong-royong mengalihkan paip utama di sepanjang Jalan Mangkulat–Podos, di sini, Sabtu lalu.


Sumbangan tersebut telah disampaikan di Pejabat ADUN N11 Kadamaian bagi pihak Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menteri III merangkap ADUN N11 Kadamaian, sebagai tanda sokongan serta penghargaan kepada penduduk yang terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan berkenaan.


Menurut Fandhy Rajin, pelaksanaan program gotong-royong ini bertujuan memastikan kelancaran kerja-kerja menaik taraf di samping menjamin keselamatan kemudahan awam, khususnya melibatkan paip utama yang menjadi sumber bekalan air kepada penduduk setempat. Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara agensi berkaitan, pemimpin masyarakat dan penduduk kampung amat penting dalam memastikan kejayaan usaha tersebut.


Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian akan terus komited menyokong pelbagai program pembangunan dan kemasyarakatan di kawasan Kadamaian, selaras dengan aspirasi kepimpinan Datuk Ewon Benedick dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memupuk semangat kerjasama di peringkat akar umbi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page