top of page

Sumbangan Takziah, touchpoint Dari DUN Kadamaian

  • nabalunews
  • Jul 15, 2025
  • 1 min read

15 Julai 2025


KOTA BELUD : Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Juin Kolod, telah mengadakan lawatan ziarah ke rumah keluarga mendiang Ronaldo Dual di Kampung Sukang Kelawat, semalam.


Kunjungan tersebut adalah bagi mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam menyampaikan sumbangan takziah menerusi program Touchpoint sebagai tanda simpati dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang melalui saat-saat sukar.


Mendiang Ronaldo merupakan anak kepada pasangan Romana Doacus Santi dan Dual Sada. Keluarga tersebut menerima kunjungan dan sumbangan daripada pihak Pusat Khidmat ADUN, yang bertujuan untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Dalam ucapan ringkasnya, Encik Juin menyatakan bahawa Datuk Ewon amat mengambil berat terhadap kebajikan penduduk di kawasan Kadamaian dan akan terus komited memastikan bantuan kemasyarakatan seperti ini diteruskan melalui pelaksanaan program Touchpoint di seluruh kawasan DUN.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page