top of page

Sumbangan Touch Point Bencana Alam Disampaikan Kepada Penduduk Terjejas di Kampung Pangi

  • nabalunews
  • Aug 6, 2025
  • 1 min read

6 Ogos 2025


KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil hari ini mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick dalam menyampaikan sumbangan bantuan Touch Point bencana alam kepada salah seorang penduduk terjejas di Kampung Pangi, Kelawat.


Majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut diadakan di sebuah premis perkakasan, Hardware Tamu Darat, di mana Nuria Gunting selaku wakil penerima menerima bantuan berupa 20 keping zink sepanjang 12 kaki serta 10 keping papan lapis (plywood).


Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan pihak kementerian dan wakil rakyat untuk membantu meringankan beban penduduk yang terjejas akibat bencana alam yang melanda kawasan tersebut baru-baru ini.

“Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Datuk Ewon Benedick terhadap kesusahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan Kadamaian. Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan proses baik pulih rumah yang rosak,” kata Clarence ketika ditemui selepas majlis penyerahan.


Penerima sumbangan, Nuria Gunting, turut meluahkan penghargaan atas bantuan yang diterima dan berharap lebih ramai penduduk yang terkesan juga akan mendapat perhatian dan sokongan yang sewajarnya daripada pihak berwajib.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page