top of page

Sumbangan Touch Point Disampaikan kepada Kelab Pathfinder Vuani

  • nabalunews
  • 56 minutes ago
  • 1 min read

ree

4 September 2025


KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, telah menyampaikan sumbangan Touch Point kepada wakil penerima dari Kelab Pathfinder Vuani, Kampung Wani, Kota Belud.


Majlis ringkas penyerahan tersebut berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan ADUN Kadamaian dalam menyokong pembangunan belia dan aktiviti berorientasikan komuniti.


Sumbangan tajaan itu diberikan sebagai sokongan kepada penyertaan Kelab Pathfinder Vuani dalam program SAB Pathfinder Revival Camp peringkat negeri yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 17 September 2025 bertempat di Elpizo Beach Adventist, Tuaran, Sabah.


Ewon melalui wakilnya berharap sumbangan ini akan memberi dorongan kepada belia terlibat untuk terus aktif dalam kegiatan berfaedah serta memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan ahli kelab.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page