top of page

Sumbangan Touch Point Sempena Perasmian Dewan Terbuka Kg. Talungan

  • nabalunews
  • Sep 22
  • 1 min read

ree

22 September 2025


KOTA BELUD: Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Caryle Lajimin hari ini mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick dalam menyampaikan sumbangan touch point sempena program perasmian Dewan Terbuka Kampung Talungan yang dijadualkan berlangsung pada 28 September ini.


Penyerahan sumbangan tersebut dilaksanakan di Pejabat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dan diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Talungan, Losuin Kolias yang mewakili komuniti kampung tersebut.


Menurut Caryle, sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Datuk Ewon dalam menyokong pembangunan prasarana dan keperluan masyarakat luar bandar, selaras dengan aspirasi beliau untuk memperkasakan komuniti di kawasan Kadamaian.


“Datuk Ewon sentiasa mengambil berat terhadap keperluan rakyat, dan sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan serta penghargaan kepada usaha komuniti Kampung Talungan dalam membangunkan kemudahan untuk kegunaan bersama,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page