Sumbangan Touch Point Takziah kepada Keluarga Mendiang di Kampung Dimala Piasau
- nabalunews
- Aug 22, 2025
- 1 min read

22 Ogos 2025
KOTA BELUD: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan Touch Point Takziah kepada keluarga mendiang Boyogo bin Simbuna di Kampung Dimala Piasau, di sini.
Turut mengiringi Saikom dalam kunjungan tersebut ialah beberapa orang staf dari Pejabat PPM dan Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan wakil rakyat dalam menzahirkan keprihatinan terhadap komuniti setempat yang berhadapan dengan kehilangan insan tersayang.
Menurut Saikom, program penyerahan sumbangan takziah ini merupakan antara inisiatif berterusan yang dilaksanakan oleh Pejabat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian bagi memastikan setiap lapisan masyarakat terus mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya, khususnya dalam waktu sukar.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus mendekati masyarakat di peringkat akar umbi serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, sejajar dengan amanah dan tanggungjawab yang digalas oleh Datuk Ewon Benedick di peringkat negeri dan persekutuan.















Comments