top of page

Sumbangan Touchpoint Kelahiran rapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat

  • nabalunews
  • Nov 22, 2024
  • 1 min read



22 November 2024


KOTA BELUD: Sumbangan Touchpoint Kelahiran yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian untuk memperkukuhkan hubungan pemimpin dengan masyarakat serta memberikan sokongan kepada penduduk setempat diteruskan hari ini dengan penyampaian sumbangan kepada adik Leona Mohd. Najmi, yang berasal dari Kampung Lasau Minunsud, Kadamaian, Kota Belud.


Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pemaju Masyarakat di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, mewakili ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, kepada ibu penerima, Meilin Suali.


Clarence turut menyampaikan salam tahniah daripada Ewon kepada keluarga penerima dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga.


Meilin turut merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan oleh Ewon, yang jelas menunjukkan komitmen beliau terhadap kesejahteraan rakyat Kadamaian yang diwakilinya serta menunjukkan sifat prihatin dan dedikasi beliau dalam menyokong komuniti serta memastikan kebajikan mereka terus terjaga.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page