top of page

Sumbangan Touchpoint Takziah Disampaikan kepada Keluarga Mendiang di Kampung Pahu

  • nabalunews
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

4 Februari 2026


KOTA BELUD: Pemaju Mukim, Marcus Logiau dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, telah mewakili Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menteri III merangkap ADUN N11 Kadamaian, dalam penyampaian sumbangan Touchpoint Takziah kepada keluarga mendiang Victoria Sanggaroh @ Marcus di Kampung Pahu, Kelawat, di sini.


Sumbangan berkenaan telah disampaikan kepada Sungkit Gindara, suami kepada mendiang, sebagai wakil penerima bagi pihak keluarga. Inisiatif tersebut merupakan tanda keprihatinan serta sokongan moral Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian terhadap keluarga yang ditimpa musibah.


Dalam ucapannya, Marcus Logiau menyampaikan salam takziah daripada Datuk Ewon Benedick kepada keluarga mendiang serta berharap agar sumbangan yang dihulurkan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga dalam menghadapi saat-saat sukar ini.


Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian akan terus komited melaksanakan pelbagai program kebajikan dan menyantuni rakyat di kawasan Kadamaian, selaras dengan usaha memastikan kesejahteraan serta kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page