top of page

SURAT BANTUAN SABAH PRIHATIN YANG TULAR ADALAH EDARAN DALAMAN KPLB SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 24, 2021
  • 3 min read

ree
Surat yang tular di media sosial, adalah edaran dalaman kementerian dan bukan untuk umum.

24 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Surat yang tular di media sosial adalah surat edaran dalaman dan makluman Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil sahaja.


Pegawai Komunikasi Korporat dan Teknologi Maklumat (KKTM), KPLB Sabah Davelynn Rampas berkata, bagaimanapun, terdapat pegawai tidak berintegriti membuat tularan dokumen tersebut.


“Nombor telefon yang tertera dalam surat itu juga adalah untuk rujukan pegawai di Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil bagi memantau tatacara pengurusan data di peringkat daerah.


“Oleh itu, saya mohon kerjasama kepada pihak-pihak berkenaan untuk berhenti membuat sebarang penularan (viral) surat berkenaan memandangkan perkara ini kini dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


Davelynn berkata, nombor telefon bimbit yang tertara dalam surat yang tular itu adalah nombor peribadinya dan bukan talian umum untuk pertanyaan mengenai tuntutan bantuan.


Mengenai tuntutan tunai di BSN, beliau berkata, senarai tuntutan tunai bagi BPN 2.0 sehingga 30 Jun 2021 telah dihantar kepada BSN sejak bulan lalu selepas pihak kementerian tidak menerima sebarang kemaskini daripada penerima.


Pautan Semakan Bantuan: https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/


Katanya lagi, bagi urusan BPN3.0, semakan dan kemaskini maklumat boleh dilakukan di DBKK / MPT / MPS / Pejabat Daerah berhampiran memandangkan pihak kementerian sudah membuat edaran tersebut kepada pihak di pejabat-pejabat berkenaan.


“Bagi urusan permohonan dan pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan DBKK / MPT / MPS / Pejabat Daerah berhampiran (seperti senarai di bawah).


“Sekiranya panggilan anda ke talian di bawah tidak dilayan, sila maklumkan dan laporkan segera kepada pihak KPLB menerusi HOTLINE KPLB di talian 088-219980 atau emel ke kplb@sabah.gov.my agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya.



Berikut merupakan nombor-nombor yang boleh dihubungi bagi tujuan urusan Bantuan tersebut:


Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) - 088521800

Majlis Sandakan (MPS) - 089272149 / 089211944 / 089226442 / 089211404

Majlis Perbandaran Tawau (MPT) - 089701698 / 089701699

Pejabat Daerah Penampang - 088711041 / 088711092 / 088711053 / 088711567 / 088711005 / 088711002

Pejabat Daerah Papar - 088913510 / 088913517

Pejabat Daerah Tuaran - 088788513 / 088788514 / 088788515 / 088788359 / 088788518

Pejabat Daerah Kota Belud - 088976621 / 088976622 / 088976623 / 088976624

Pejabat Daerah Ranau - 088877881 / 088870501 / 088875437

Pejabat Daerah Kudat - 088620415 / 088620409 / 088620406 / 088620415

Pejabat Daerah Kota Marudu - 088661416 / 088661417 / 088661420

Pejabat Daerah Pitas - 088615767 / 088615989

Pejabat Daerah Keningau - 087301509 / 087301507 / 087301502 / 087301501

Pejabat Daerah Tambunan - 087771800 / 087774225

Pejabat Daerah Nabawan - 087366211 / 087336212

Pejabat Daerah Sipitang - 087821963 / 087821437 / 087821426

Pejabat Daerah Tenom - 087735447 / 087735607

Pejabat Daerah Beaufort - 087211533 / 087201208 / 087201209

Pejabat Daerah Kuala Penyu - 087884364 / 087884715

Pejabat Daerah Kinabatangan - 089561811 / 089561812 / 089561813

Pejabat Daerah Beluran - 089511212 / 089511213 / 089511214 / 089511215

Pejabat Daerah Semporna - 089781518 / 089781663

Pejabat Daerah Lahad Datu - 089881177 / 089881518

Pejabat Daerah Tongod - 087748700 / 087748788 / 087748882 / 087748799 / 087748881

Pejabat Daerah Kunak - 089852273 / 089851273 / 089851478

Pejabat Daerah Putatan - 088771501 / 088771502

Pejabat Daerah Telupid - 089521732

Pejabat Daerah Kalabakan - 089799697

Pejabat Daerah Kecil Banggi - 088635400

Pejabat Daerah Kecil Tamparuli - 088782357 / 088782358 / 088782358 / 088783361 / 088782870

Pejabat Daerah Kecil Menumbok - 087831104 / 087831105 / 087831454 / 087831455

Pejabat Daerah Kecil Membakut - 087887964 / 087887963

Pejabat Daerah Kecil Matunggong - 088613758 / 088613761 / 088613760 / 088613762 / 088613766 / 088613764 / 088613767

Pejabat Daerah Kecil Sook - 087365912 / 087365184

Pejabat Daerah Kecil Kemabong - 087733490 / 087734490 / 087737477

Pejabat Daerah Kecil Paitan - 089262144 / 089262122 / 089262133

Pejabat Daerah Kecil Pagalungan - 089845106 / 089845107 / 089845108 / 089845109

Pejabat Daerah Kecil Tungku - 089871241 / 089871242

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page