Surat terbuka kepada PM Ismail Sabri
- nabalunews
- Sep 15, 2021
- 4 min read

15 Sept 2021
Himpunan Awan-awan Gelap di Bumi di Bawah Bayu.
YAB Perdana Menteri,
Sambil kita menghampiri Hari Malaysia tahun ini, kita melihat himpunan awan-awan gelap di Bumi di Bawah Bayu. Hak kita terhadap kebebasan beragama sedang diancam sekali lagi.
Kami merayu kepada anda untuk bertindak dengan segera untuk mengekang suatu lagi cubaan untuk memperkenalkan lebih banyak undang-undang Shariah, dimana salah satunya disasarkan untuk mengekang hak-hak agama yang bukan Islam. Hal ini tidak boleh diterima kerana ia menyerang teras kebebasan beragama bagi semua seperti yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Undang-undang yang dicadangkan malahan langsung tidak dibincangkan dalam kabinet anda dan rakan-rakan gabungan anda telah menyatakan bahawa mereka juga membantah bagi hal ini.
Dalam ucapan anda yang pertama sebagai PM baru-baru ini, anda menyeru bagi suatu titik persamaan untuk membina suatu Keluarga Malaysia yang melintasi batas-batas keagamaan, bangsa dan etnik. Kami memuji anda bagi hal tersebut.
Namun dalam waktu beberapa hari, seorang timbalan Menteri yang muda di dalam Jabatan Perdana Menteri (Urusan Agama), YB Ustaz Ahmad Maruk Shaary, telah dipetik oleh Harakah, jurucakap PAS, bahawa empat undang-undang Shariah yang baru sedang digubal oleh kerajaan anda, termasuklah bil tentang kawalan dan sekatan akan perkembangan agama-agama bukan Muslim.
Ustaz Ahmad tidak menarik balik pengumuman beliau dan anda juga tidak menegurnya atas keberaniannya untuk cuba melemahkan cadangan Keluarga Malaysia anda dan juga perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara ini.
YAB Perdana Menteri, kami menggesa anda untuk memandang tindakan oleh timbalan Menteri anda sebagai tidak berpelembagaan kerana Islam adalah di bawah bidang kuasa Sultan masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri (Urusan Agama).
Undang-undang Shariah baru yang dicadangkan tidak popular.
Sabah menentang sebarang cadangan yang akan membatasi kebebasan agama bagi rakyatnya, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengatakan sedemikian pada 9 September.
Beliau berkata bahawa kerajaan negeri memegang teguh kepada prinsip kebebasan beragama seperti yang dideklarasikan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.
Kami memuji Ketua Menteri kami bagi pendiriannya: “Sabah adalah satu negeri dimana orang-orang yang berbilang budaya dan agama telah hidup dengan damai dan harmoni selama ini. Walaupun terdapat banyak kepercayaan yang berbeza, kami menghormati budaya satu sama yang lain tanpa masalah.”
Parti-parti Sabah yang lain telah menolak konsep bagi bil tersebut dimana mereka katakan sebagai tidak berpelembagaan.
MCCBCHST, kumpulan antara agama, juga memperingatkan timbalan Menteri bahawa struktur asas bagi Perlembagaan tidak mengizinkan suatu Negara Islam Teokratik Malaysia.
Begitu juga dengan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) yang telah mengulangi pendirian YAB Ketua Menteri Sarawak, dan pemimpin-pemimpin politik Sarawak yang telah menolak dengan konsisten sebarang pengenalan undang-undang yang akan melemahkan atau memusnahkan harmoni diantara bangsa dan komuniti-komuniti di Sarawak dan Malaysia.
Sering dikatakan, bahawa mereka yang melupakan sejarah mereka, meninggalkan destini mereka. Marilah kita ingat bahawa Sabah bersama-sama dengan Sarawak hanya bersetuju akan pembentukan Malaysia pada 1963 sebagai rakan kongsi yang sama rata kepada Malaya hanya jika Malaya bersetuju kepada apa yang dikenali sebagai 20-Point Memorandum kepada Perjanjian Malaysia 1963 (atau MA63). Sarawak mengemukakan suatu memo 18-Point.
Point 1: Agama
“Walaupun tidak ada tentangan bagi Islam menjadi agama rasmi Malaysia, agama Negeri tidak seharusnya ada di Borneo Utara (Sabah seperti yang dikenali ketika itu) dan peruntukan yang berkaitan dengan Islam di dalam Perlembagaan Malaya pada waktu ini tidak harus diaplikasikan ke atas Borneo Utara.”
Bagi Sabah ini adalah suatu perjanjian yang layak diukir dalam batu, agar tidak ada sesiapa yang melupakannya.
Pada 31 Ogos 1964, Batu Sumpah Keningau (Oath Stone) telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Menteri Buruh Persekutuan, V. Manickvasagam, dan disaksikan oleh pegawai-pegawai negeri dan pemimpin-pemimpin komuniti serta ketua-ketua anak negeri.
Sumpah ini dilakukan antara Persekutuan Malaysia dan rakyat di pedalaman Sabah yang dipimpin oleh GS Sundang dan abangnya OKK Sodomon Bin Gunsanad.
Tiga janji yang disumpah adalah - kebebasan agama di Sabah, hal-hal tanah di negeri ini adalah dibawah bidang kuasa mutlak kerajaan Sabah, dan kerajaan persekutuan berjanji untuk memelihara adat istiadat dan tradisi rakyat Sabah. Sebagai balasan, rakyat di daerah-daerah pedalaman Sabah akan bersumpah setia mereka terhadap Persekutuan Malaysia.
YAB Perdana Menteri, biarlah dikatakan bahawa sumpah telah dilupakan dan malah diputuskan.
Pada 25 September 1973, sepuluh tahun selepas pembentukan Malaysia, perlembagaan negeri Sabah telah diubah dengan “menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri; namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan damai dan harmoni di mana-mana bahagian Negeri.” (Artikel 5A)
Selanjutnya di bawah Artiket 5B (1) “Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua bagi agama Islam dalam Negeri.
Selebihnya adalah sejarah. ”Gelombang pengislaman diikuti dengan cara ugutan, dorongan dan malah penukaran “pentadbiran”.
Bumiputra Kristian di Sabah terus “diislamkan” oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya kerana mereka mempunyai “bin” dan “binti” dalam nama mereka.
YAB Perdana Menteri, yakinlah bahawa kami juga gemar akan idea Keluarga Malaysia anda, dimana dalam perkataan anda sendiri, kita semua mampu berada dalam satu keluarga besar yang gembira, yang melintasi batas-batas agama, bangsa dan etnik.
Dukacitanya hal ini tidak akan berlaku sehinggalah kami, Anak Sulung, atau Anak Pertama yang Lahir di tanah ini, dapat merasakan kami adalah sama rata dengan sepupu kami di Malaya. Jauh daripadanya, kami dengan pantas menjadi orang asing di tanah kami sendiri, dengan terhakisnya hak kelahiran kami bagi kebebasan agama.
Perpaduan Anak Negeri (PAN) Sabah
Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN Sabah) is a community based oragnisation in Sabah, East Malaysia. PAN was birth out of an idea in 2009 to rally the Anak Negeri of Sabah (Natives of Sabah) to reconcile and unite. On 15 September 2015, it was registered as a Non-Governmental Organisation under the Trustees (Incorporation) Ordinance Cap. 146 Sabah.
Comments