top of page

Suri rumah berdepan 5 pertuduhan gubah wang haram RM1.3 juta

  • nabalunews
  • Oct 30, 2025
  • 2 min read

Norhafiza didakwa di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini.
Norhafiza didakwa di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini.

30 Oktober 2025


TAWAU: Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas lima dakwaan penggubahan wang haram bernilai lebih RM1.3 juta dipercayai hasil daripada aktiviti haram yang dikaitkan dengan pelaburan emas.


Norhafiza Abbas, 31, membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan wanita itu diikat jamin RM5, 000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan.


Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan akaun Maybank Islamic Berhad bernombor 560036122604 milik Abbas Family Enterprise untuk menerima wang berjumlah RM193, 000 dari akaun Maybank milik Zerina Collection Sdn Bhd yang merupakan hasil aktiviti haram pada 20 Mei 2023 hingga 7 Jun 2023.


Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunakan akaun sama untuk menerima wang berjumlah RM RM806, 250 daripada akaun Maybank Zerina Collection Sdn Bhd pada 21 Mei 2023 hingga 8 Jun 2023.


Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa nenggunakan akaun yang sama untuk menerima RM209,573.50 daripada akaun Public Islamic Bank milik Zerina Collection Sdn Bhd pada 23 Mei 2023 hingga 15 Julai 2023.


Dalam pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menggunakan akaun sama untuk menerima wang berjumlah RM23, 500 dari akaun Maybank milik Zerina Collection Sdn Bhd pada 25 Mei 2023.


Untuk pertuduhan kelima pula, tertuduh didakwa menggunakan akaun sama untuk menerima wang berjumlah RM80, 000 dari akaun Public Bank milik Zerina Collection Sdn Bhd yang merupakan hasil daripada aktiviti haram pada 18 Julai 2023.


Norhafiza didakwa melakukan semua perbuatan tersebut di Maybank Islamic Berhad Cawangan Tawau.


Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page