Suspek kes bunuh warga Pakistan berjaya ditahan
- nabalunews
- Sep 25
- 1 min read

25 September 2025
KENINGAU: Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat lelaki warga Pakistan yang dipercayai dibunuh sebelum ditanam di Kampung Kitung, Jalan Keningau, di sini, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai berkata, suspek yang berusia 33 tahun berjaya ditahan di Kampung Sayur, Jalan Durok, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.
Katanya, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dan JSJ, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah.
“Permohonan reman sudah dibuat dihadapan Majistret Flavian Edward Henry yang menetapkan reman selama tujuh hari terhadap suspek.
“Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Terdahulu, mangsa seorang peniaga berusia 30 tahun dipercayai dibunuh oleh suspek pada 20 September lalu sebelum ditemui pada semalam.
Mangsa ditemui ditanam kira-kira 100 meter dari rumah suspek yang bekerja sebagai penjaga kebun getah dan tinggal bersama tiga anak.
Penemuan mayat mangsa itu berjaya dilakukan susulan laporan polis yang dibuat rakan mangsa pada 22 September lalu.
Comments