- Wartawan Nabalu News
Sylvester Taing kekal Ketua Bahagian UPKO Tawau

19 Jun 2022 Oleh Wartawan Nabalu News TAWAU: Sylvester Taing menang tanpa tanding Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tawau bagi sesi 2022-2025. Turut menang tanpa tanding Steven Juanis Sagunting (Timbalan Ketua Bahagian) dan dua Naib Ketua iaitu Husin Talip dan George Chong Ying Yung.

Kesemua barisan kepimpinan baharu UPKO Bahagian Tawau bagi penggal 2022-2025 diumumkan menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Tawau di Dewan Pisompuruan Kg.Piuludan, di sini, hari ini. Mesyuarat itu dirasmikan oleh Naib Presiden UPKO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.

Turut hadir Naib Presiden UPKO Datuk Basari Sarikun dan para pemimpin UPKO Bahagian Tawau. Manakala Ketua Pemuda UPKO Bahagian Tawau pula ialah Donysiew Julian dan Ketua Generasi Muda Maneo Marcus.