top of page
nabalunews

Tadbir urus koperasi yang baik menjamin pembangunan perniagaan yang lestari


30 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KENINGAU : Tadbir urus koperasi yang baik menjamin pembangunan perniagaan yang lestari dalam koperasi.


Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata ini boleh dicapai melalui jaringan (networking), komitmen serta bersatu bagi menjaga kebajikan sesama anggota.


Katanya koperasi merupakan satu entiti perniagaan yang berasaskan pemilikan semua ahli koperasi tersebut.


Koperasi juga menjadi wadah bagi pelbagai kerjasama untuk faedah anggota dan tidak hanya tertumpu kepada ganjaran kewangan semata-mata.


Robert berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Apin-Apin Bingkor Berhad di Hotel Perkasa di sini pada Khamis.


KPSM Apin-Apin Bingkor Berhad adalah sebuah koperasi yang telah ditubuhkan sejak tahun 2019.


Robert berkata KPSM telah banyak membantu pekebun-pekebun kecil sawit untuk meningkatkan ekonomi melalui pembinaan pusat-pusat timbang buah tandan sawit.


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, ini terbukti dengan pengagihan keuntungan melalui pembayaran dividen terhadap syer-syer ahli.


Keuntungan ini adalah melalui pembelian dan penjualan buah tandan sawit dan lain-lain perniagaan yang diusahakan oleh KPSM.


Pada majlis itu Robert menyampaikan dividen kepada anggota-anggota Koperasi KPSM.

Comments


bottom of page