Tak faham kenapa tular, tapi bagus untuk Sabah - Tony Fernandes
- nabalunews
- Aug 13, 2024
- 1 min read

13 Ogos 2024
KOTA KINABALU : Tan Sri Tony Fernandes tidak ketinggalan merakam gambar kenangan di pejabat lama Maybank cawangan Gaya Street di sini, yang menjadi tumpuan pelancong China sehingga tular di media sosial baru-baru ini.
Tony yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Penasihat Strategik AirAsia, meluangkan masa mengunjungi lokasi tular itu selepas sesi mesyuaratnya bersama Lembaga Pelancongan Sabah (STB), lapor Harian Metro.
"Saya bangun pagi tadi dan melihat tempat ini tular di Instagram. Saya tidak memahami (sebab ia tular), tetapi mari kita teruskan tempat ini menjadi tular.
"Jika ia boleh mempromosikan Sabah, ia juga bagus untuk saya," kata Tony ketika ditemui pemberita, hari ini.
Tony turut bergambar di lokasi itu bersama media Sabah yang membuat liputan program beliau bersama STB.















Comments