top of page

Taklimat pembiayaan produk pelancongan di Kadamaian Square, 18 Mac ini

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 15, 2023
  • 1 min read

ree

15 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui Tekun Nasional akan menganjur Taklimat Pembiayaan Produk Pelancongan, di Dewan Kadamaian Square Taginambur, di sini, Sabtu ini (18 Mac).


Taklimat itu bertujuan memberi maklumat kepada para pengusaha pelancongan mengenai skim-skim pembiayaan yang disediakan oleh Kuskop melalui agensi-agensinya.


Antara topik yang akan disampaikan, Potensi Pembangunan dan Proses Perlesenan serta pembiayaan oleh agensi-agensi Kuskop iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp, SME Bank dan Bank Rakyat.


Agensi-agensi Kuskop yang lain juga akan membuka kaunter perkhidmatan pada hari tersebut.


Orang ramai yang hadir bukan hanya berpeluang mendengar taklimat mengenai pembiayaan produk pelancongan, tetapi juga skim-skim keusahawanan yang terdapat di agensi-agensi Kuskop


Taklimat itu dijangka dihadiri seramai 1,000 pengusaha pelancongan komuniti dan persendirian kawasan Kota Belud dan sekitarnya.


Majlis penutupan program itu akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Pada masa yang sama beliau akan melancarkan Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) di bawah Tekun Nasional.





 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page