Tamu Desa Melangkap Tiong kini sudah siap 80%
11 Oktober 2024
KOTA BELUD: Tamu Desa Melangkap Tiong kini sudah 80% siap.
Tamu Desa ini dijangka memberikan impak besar kepada ekonomi setempat, khususnya dalam merangsang aktiviti perniagaan komuniti di kawasan Kadamaian, dengan memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menjual produk mereka sekaligus memperkasakan usahawan desa.
Projek ini menerima peruntukan sebanyak RM200,000 daripada YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Datuk Ewon Benedick pada 4 Mei lalu semasa beliau merasmikan Program Penggalakan Koperasi Peringkat Komuniti Zon Melangkap.
Majlis tersebut diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Melangkap Tiong.
Semalam pada 10 Oktober, Pemaju Mukim di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Anicholse Kesimin, yang mewakili Ewon telah melakukan tinjauan untuk melihat tahap kemajuan pelaksanaan kerja kerja pembinaan tapak Tamu Desa Melangkap Tiong.
Comments