top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tamu Donggongon sudah uzur, kerajaan harus ambil tindakan - Jannie Lasimbang


Keadaan Tamu Donggogon yang sudah uzur.

15 Ogos 2022

By Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: ADUN Kapayan Jannie Lasimbang menggesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan yang wajar terhadap keadaan Tamu Donggongon yang sudah uzur.


Jelas beliau, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan segera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku, kerana itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka oleh kerajaan.


"Pejabat ADUN Kapayan telah membuat lawatan ke Tamu Donggongon untuk memeriksa keadaan bangunan Tamu selepas menerima banyak aduan mengenai bumbung kayu rosak yang boleh membahayakan pengunjung.


"Tindakan mitigasi perlu diambil supaya keselamatan dan keselesaan pengunjung dan peniaga dari pelbagai daerah yang membayar sewa terjamin, dan di mana orang ramai dapat merasa dialu-alukan dan selamat.

"Dengan keadaan Tamu Donggongon sekarang, saya takut ia boleh menjadi lebih teruk di mana bukan sahaja nyawa boleh terancam tetapi mereka akan menghadapi kehilangan pendapatan.


"Oleh itu, bangunan yang rosak perlu dibaiki dengan segera untuk menjamin keselamatan dan kestabilan bangunan," kata Jannie.


Menurut beliau, tamu tersebut yang dibuka sejak tahun 1993 adalah tempat di mana masyarakat dari pelbagai daerah datang untuk menjana pendapatan dan juga bersosial.


"Tamu Donggongon adalah tempat yang popular dan bersejarah tetapi pengabaian bangunan telah mencapai tahap yang tidak boleh diterima.


"Saya bersimpati dengan peniaga yang terpaksa berhadapan dengan bumbung yang bocor dan reput. Kita sudah memasuki fasa endemik di mana orang sudah memulakan perniagaan mereka," katanya.


Difahamkan Tamu Donggongon telah dicadangkan untuk dibina semula dengan peruntukan daripada kerajaan persekutuan yang dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak tetapi sehingga kini, pihak berkuasa tempatan belum mula bertindak.



Kommentare


bottom of page