Tamu Malam sempena Mini Karnival HPPK di Kadamaian Square berlangsung meriah
21 Sept 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Tamu malam sempena Mini Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2023, yang julung kalinya dianjurkan di Dewan Kadamaian Square, Taginambur, pada malam 21 September, berlangsung meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para peniaga dan pengunjung.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meluangkan masa menemui para peniaga Tamu Malam di Kadamaian Square dan meninjau persiapan sambutan Mini Karnival HPPK, malam tadi sejurus tiba dari Kuala Lumpur.
Beliau turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada para pengunjung bertuah.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Zamri Salleh dan Ketua-Ketua agensi Kuskop.
Sebanyak 50 gerai pameran dan jualan melibatkan lebih 50 penjaja dan peniaga kecil-kecilan, mempamerkan pelbagai produk mereka.
Meskipun pun hujan, orang ramai tetap setia menunggu sehingga ke penghujung acara. Ini kerana ia kali pertama Tamu Malam diadakan di Kadamaian Square.
Orang ramai turut dihiburkan persembahan artis seperti Felix Agus dan ramai lagi.
Ewon akan merasmikan Mini Karnival HPPK pada hari esok.
Comments