top of page

Tan Sri Andrew Sheng dilantik Penasihat Khas Ketua Menteri

  • nabalunews
  • 1 minute ago
  • 1 min read

27 Mac 2026


KOTA KINABALU: Tokoh perbankan dan kewangan Asia, Tan Sri Andrew Sheng, dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.


Hajiji berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas serta kelayakan kukuh Sheng dalam bidang ekonomi dan kewangan global, yang diyakini mampu menyumbang kepada pembangunan negeri.


“Kami menantikan sumbangannya, khususnya dalam sektor ekonomi dan pelaburan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Sheng di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, di sini, hari ini.


Sheng, warganegara Malaysia yang dibesarkan di Sabah pada awal 1960-an dan kini berpangkalan di Hong Kong, mempunyai pengalaman luas dalam institusi perbankan dan pelaburan antarabangsa serta kerap diundang sebagai penceramah ekonomi global.


Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Ekonomi dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Timbalan Ketua Eksekutif Hong Kong Monetary Authority, Pengurus Kanan di Bank Dunia serta Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong.


Ketika ini, beliau merupakan Profesor Khas di Institut Kewangan, Universiti Cina Hong Kong (Kampus Shenzhen), selain menganggotai majlis penasihat antarabangsa bagi Pentadbiran Pengawalseliaan Kewangan Nasional China (NFRA), Suruhanjaya Sekuriti China (CSRC) dan Perbadanan Pelaburan China (CIC).


Pada April 2013, Majalah TIME menamakan beliau sebagai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page