TANGANI KEJUTAN BUDAYA AKIBAT PENGGUNAAN SEJAGAT KALIMAH ALLAH DENGAN EMPATI, KEADILANTANGANI KEJUTAN BUDAYA AKIBAT PENGGUNAAN SEJAGAT KALIMAH ALLAH DENGAN EMPATI, KEADILAN
top of page
  • nabalunews

TANGANI KEJUTAN BUDAYA AKIBAT PENGGUNAAN SEJAGAT KALIMAH ALLAH DENGAN EMPATI, KEADILAN


Gambar Hiasan

3 April 2021


Kami yang penama di bawah menyeru kepada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan untuk menangani kejutan budaya akibat penggunaan sejagat kalimah Allah dengan empati, keadilan dan kebijaksanaan supaya tidak menghasilkan sebarang akibat yang tidak dirancang (unintended consequences).


1. Kegelisahan umat Muslim terhadap penggunaan kalimah oleh umat Kristian adalah disebabkan kejutan budaya kerana keunikan pengalaman sejarah Semenanjung Malaysia, bukan kerana perbezaan keagamaan antara Islam dan Kristian.


2. Semenanjung Malaysia adalah unik di antara negara-negara Muslim kerana umat Muslim menggunakan bahasa Melayu/Malaysia manakala umat Kristian (kecuali orang Asli) secara tradisinya menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Kristang. Kerana perbezaan bahasa, maka tidak berlaku kalimah yang sama untuk Yang Maha Esa oleh kedua-dua umat Muslim dan Kristian.


3. Di negara-negara Arab dan Indonesia, kedua-dua umat Muslim dan umat Kristian menggunakan bahasa yang sama, yakni bahasa Arab/bahasa Indonesia, oleh itu mereka berdoa kepada Allah masing-masing di masjid dan gereja, tanpa sebarang kegelisahan dan kesangsian.


4. Pengalaman sejarah Sabah dan Sarawak lebih memiripi Indonesia daripada Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu sudahpun menjadi lingua franca (bahasa perantara) antara kaum-kaum pribumi seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau, Kadazan-dusun dan Murut, sebelum kedatangan agama Kristian. Maka, secara semulajadinya, umat Kristian pribumi Borneo menggunakan Bahasa Melayu di gereja, berdoa kepada Allah dan sehingga hari ini menggunakan teks-teks agama termasuk Hymn books (buku nyanyian pujian) daripada Indonesia.


5. Apabila gereja-gereja di Semenanjung Malaysia mula banyak menawarkan kebaktian (service) dan misa (mass) dalam bahasa Malaysia pada tahun 1980an, ini menimbulkan kesangsian bahawa ini adalah plot jahat untuk memurtadkan umat Muslim. Kebimbangan ini menjangkau penggunaan kalimah Allah kerana isu pokoknya ialah kemunculan bahasa yang sama untuk umat agama yang berlainan. Akarumbinya, pembentukan Malaysia telah membawa dua perubahan sosial-bahasa: penghijrahan rakyat Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan juga pemulihan populariti Bahasa Malaysia di Sabah dan Sarawak.


6. Penghijrahan rakyat Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk belajar dan bekerja menjadi ketara mulai tahun-tahun 1980an kerana pembangunan negara yang semakin pesat tetapi tidak seimbang. Sebelum penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tahun 1992 dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 1994, kampus utama semua universiti awam adalah di Semenanjung Malaysia. Kejutan budaya ini tidak akan berlaku jika Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bukan satu negara ataupun pembangunan lebih seimbang sehingga ramai orang Muslim Semenanjung Malaysia melawat di Sabah dan Sarawak sampai biasa melihat umat Kristian berdoa kepada Allah.


7. Kejutan budaya ini juga mungkin tidak berlaku kalau Dasar Bahasa Kebangsaan tidak begitu berjaya memulihkan populariti bahasa Malaysia sehingga ia mengambil kedudukan Bahasa Inggeris dalam zaman penjajahan sebagai lingua franca di Borneo Malaysia. Jill Ireland, pemohon dalam kes Kalimah Allah ini, adalah seorang Kristian Melanau yang “disekolahkan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar”. Sekiranya beliau dididik dalam bahasa Inggeris, maka beliau akan berdoa kepada God dan bukan Allah, dan kesnya juga tidak akan wujud.


8. Polemik kalimah Allah perlu diselesaikan tanpa melemahkan keutuhan wilayah Malaysia dan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Fenomena kesamaan bahasa untuk umat-umat agama yang berlainan adalah satu perkembangan biasa di banyak negara-bangsa (nation-state) yang kita seharusnya terima dengan ketenangan dan keyakinan.


9. Dengan penghijrahan rakyat Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia yang akan terus meningkat, larangan kepada umat Kristian di Borneo untuk berdoa kepada Allah - sekalipun cuma di Semenanjung Malaysia seolah-olah “satu negara dua sistem” (one country two systems) – mungkin akan melemahkan rasa keempunyaan (ownership) rakyat Sabah dan Sarawak pada Malaysia atau menimbulkan tuntutan untuk Bahasa Malaysia digantikan dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di sekolah.


10. Pada masa yang sama, kejutan budaya Muslim Semenanjung Malaysia perlu ditangani dengan empati. Lebih penerbitan perbandingan agama (comparative religion) yang menghormati perbezaan agama dalam bahasa Malaysia harus digalakkan supaya kedua-dua umat Muslim dan Kristian jelas dengan perbezaan kedua-dua agama sungguhpun kedua-dua umat sembah kepada Allah yang sama. Sebagai perbandingan, sungguhpun dimuliakan dalam kedua-dua agama, Nabi Isa/Yesus Kritus tidak menimbulkan kekeliruan kerana perbezaan fahaman agama itu sangat jelas.


1.Abdul Latif Abdullah

2. Ahmad Ghazali Abu Hassan

3. Anas Zubedy

4. Azril Annuar

5. Datin Paduka Marina Mahathir, Aktivis sosial dan penulis

6. Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin, Bekas duta besar dan jurucakap G25

7. Datuk Amin Satem, G25

8. Datuk Azim Zabidi, Bekas Bendahari UMNO, Jurubank, Usahawan

9. Datuk Azzat Kamalludin, Peguam, Pengarah Syarikat

10. Datuk Freida Pilus, Pengerusi, Cempaka Education Group

11. Dr. Azad Razack

12. Dr. Azmil Tayeb, Sains Politik, Universiti Sains Malaysia

13. Dr. Fadzilah Abdul Majid

14. Dr. Mohd Faizal Musa, Associate Fellow di Weatherhead Centre, Harvard University

15. Dr. Mustafa K Anuar, Aliran

16. Dr. Razif Ali

17. Dr. Sharifah Munirah Alatas

18. Dr. Taufiq Thiagi

19. Dr. Wan Abdul Manan Wan Muda, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)

20. Dr. Yasmin Ooi

21. Dr. Yuwana Podin, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)

22.Emeritus Professor Datuk Dr Hj Shad Saleem Faruqi, Cendekiawan Perundangan, Tunku Abdul Rahman Chair sebagai Profesor Undang-Undang Perlembagaan

23. Emeritus Professor Johan Saravanamuttu University Sains Malaysia, Professor Adjun, Asia-Europe Institute, University of Malaya, Aliran

24. Faridah bt Mohd Fuad Stephens

25. Fatimah Merican, Ahli lembaga korporat

26. Feisal Kamil

27. Harun Halim Rasip

28. Hj Amdee Sidik, Pengerusi, Progressive Institute of Public Policy Analysis

29. Ikhram Merican

30. Jahabar Sadiq

31. Johan Arriffin Samad, G25

32. Kamaruddin Abdullah

33. Malek Ali, Penyiar, Radio BFM; Usahawan

34. Masjaliza Hamzah, Aktivis hak asasi manusia

35. Mohamed bin Halim

36. Mohamed Tawfik bin Tun Dr Ismail, Malaysia First, G25, bekas Ahli Parlimen, Sungei Benut, Johor

37. Mohsin Abdullah, Kolumnis dan Wartawan

38. Munawir Mohd Mokhtar

39. Nina Halim Rasip

40. Noraini Othman, Profesor yang telah bersara

41. Norhayati Kaprawi, Artis dan pembuat filem dokumentari

42. Nur Qyira Yusri, Pengasas bersama Undi18

43. Nuraain Amirah Yee Abdullah

44. Professor Dr. Mohamed Tajuddin Mohamed Rasdi

45. Professor Zaharom Nain, Chair, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)

46. Rahim Sulaiman

47. Razali Wong Phui Nam, Bekas Banker, Ahli Ekonomi, dan Penyair

48. Rily Soon Teik Ooi, Juruterbang Komersial

49. Roslan Mohd Jannes, Usahawan

50. Rozan bin Abdullah

51. Rozana Isa

52. Sarajun Hoda Abdul Hassan, Aktivis Sosial

53. Siraj Razack

54. Siti Kasim

55. Tan Sri Dato Dr. Mohd. Munir bin Abdul Majid

56. Wan Royhana Ibrahim

57. Zainah Anwar, Aktivis hak wanita dan pengasas bersama Sisters in Islam (SIS) dan Musawah

58. Zila Fawzi, WISDOM Foundation

bottom of page