top of page

Tayangan BoBoiBoy Movie 2 secara percuma di Sandakan

  • nabalunews
  • Nov 21, 2024
  • 1 min read



21 November 2024


SANDAKAN: Tayangan percuma BoBoiBoy Movie 2 menerusi skrin besar akan diadakan di @Skatepark, Batu 2, Sandakan, bermula 7 malam esok (Jumaat).


Acara itu dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Perbandaran Sandakan serta rakan strategik yang lain.


Menerusi satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata program santai itu bertujuan memberi peluang kepada belia untuk berkumpul bersama keluarga, rakan serta anak-anak dan sama-sama menyaksikan tayangan filem itu pada skrin besar.


Jelas Vivian, di Sabah, hanya dua program seumpamanya dibuat dan Sandakan adalah satu daripada lokasi bagi program berkenaan.


Program ini juga antara inisiatif Vivian dalam memberi peluang kepada orang ramai beriadah sambil menyaksikan tayangan filem berkenaan.


"Orang ramai dijemput hadir ke program berkenaan sekaligus memeriahkan lagi acara itu," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page