top of page

Teater ‘Presenting Priestley!’ UMS tonjol karya klasik

  • nabalunews
  • Jul 21, 2025
  • 1 min read

 

21 Julai 2025


KOTA KINABALU: Kumpulan pelajar Program Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya mempersembahkan teater bertajuk ‘Presenting Priestley’, baru-baru ini.


Ketua Program Pendidikan TESL, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) UMS, Dr. Megawati Soekarno, program itu antara lain bertujuan memperkenal karya klasik J.B Priestley (1894-1984), seorang penulis dan pengulas sosial terkenal dari United Kingdom.


Katanya ia juga bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan dalam bidang kesusteraan serta kemahiran Bahasa Inggeris.


“Aktiviti teater sebegini adalah penting bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran Bahasa Inggeris dan mengukuhkan pemahaman berkaitan bidang kesusasteraan Inggeris.


“Karya J.B. Priestley kurang dikenali dalam masyarakat khususnya para pelajar di UMS. Oleh itu, persembahan teater ini membuka peluang kepada orang ramai untuk mengenali lebih mendalam karya menarik J.B. Priestley,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan program teater tersebut yang berlangsung di Mini Auditorium FPPS UMS, baru-baru ini.


Tambah Megawati, sebanyak tiga karya terkenal Priestley dipersembahkan iaitu Time and The Conways, When We Are Married dan An Inspector Calls.


Hadir sama, Dekan FPPS, Profesor Madya Dr. Soon Singh Bikar Singh; Pensyarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, John Mark Storey, Presiden Kelab TESL UMS, Joshua Li dan Majlis Perwakilan Pelajar FPPS, Fatin Nuraqilah Omri.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page