top of page

Teknologi AI Wajar Dikembangkan Menerusi Pusat Latihan

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

7 Januari 2026


KOTA KINABALU: Institusi pendidikan tinggi tiada pilihan selain mengadaptasi inovasi baharu kecerdasan pintar (AI) untuk dikembangkan di negeri ini.


Bagaimanapun, ia menuntut negara mengubal akta kewalan keselamatan aksis digital bagi memastikan penggunaannya etika serta keselamatannya sentiasa terpelihara.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata, kebimbangan timbul berikutan masalah negara yang perlu menangani kekurangan lebih 10,000 jurutera pakar AI tempatan.


Katanya, walaupun terdapat universiti tempatan menubuhkan fakulti AI, tetapi institusi lai. seperti Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) boleh merentasi jurusan AI dalam kurikulum latihan supaya anak-anak kelahiran Sabah lebih ramai menguasai teknologi baharu itu.


“Selain KYTS pusat latihan seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga mampu menubuhkan bidang AI sebagai modul baharu dalam akademik.


“Penuntut tidak hanya ditumpuhkan kepada aspek teknikal, tetapi mereka perlu dibentuk dengan jati diri, sahsiah serta nilai moral.


"Bakat dan inovasi di kalangan anak Sabah perlu diketengahkan untuk menguasai teknologi tinggi AI bagi memenuhi permintaan pembangunan negeri ini.


" Kepakaran tinggi AI harus dimenfaatkan seiring peredaran masa, tetapi nilai moral kemanusiaan tidak boleh diketapikan tanpa undang-undang, " katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masiung berkata, AI kini mempunyi pengaruah luas di seluruh dunia seiring dengan revolusi industri dalam tadbir urus pembangunan sesebuah negara.


Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut digesa membangunkan teknologi berasaskan AI merentasi universiti dan institusi pengajian tinggi awam.


“Kita mahukan anak-anak muda khususnya di Sabah menyertai bidang kecerdasan AI bagi memenuhi kekurangan pakar dan jurutera dalam teknologi pintar itu,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page