TEKUN Nasional sumbang tangki air kepada PPDK dan Tadika di Tanjung Aru
top of page
  • Wartawan Nabalu News

TEKUN Nasional sumbang tangki air kepada PPDK dan Tadika di Tanjung Aru


Rowindy (ketiga dari kiri) menyampaikan sumbangan tangki air kepada Tadika Stella Maris.

17 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Komuniti Tanjung Aru yang terkesan daripada gangguan bekalan air sejak baru-baru ini mendapat bantuan daripada TEKUN Nasional Berhad yang menyumbang tangki air kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Tadika Stella Maris di sini.


Sumbangan itu diserahkan oleh Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional Berhad Rowindy Lawrence Odong yang berkata ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi tersebut.

Rowindy (ketiga dari kanan) menyampaikan sumbangan tangki air kepada wakil PPDK.

Penyelia PPDK Tanjung Aru Valentina Sho berterima kasih atas sumbangan tangki air itu yang akan memberi manfaat kepada 45 orang murid dan lapan ahli tenaga pengajar pusat tersebut.


Difahamkan 90 peratus daripada kanak-kanak yang di hantar ke Pusat PPDK ini adalah budak istimewa (autisme).

Seorang kanak-kanak autistik teruja bertemu pelawat luar. Rowindy turut tersentuh semasa beramah mesra dengan kanak-kanak yang gembira menemuinya.

Pembantu guru besar Tadika Stella Maris Sister Angela Onot juga menerima sumbangan tangki air bagi pihak tadika tersebut yang mempunyai jumlah 145 orang murid.


Turut hadir pada majlis itu Dennison R Indang pengerusi Persatuan Keusahawanan Cekap Sabah (PKCS)-merangkap-Anggota Lembaga Lada Malaysia, Mark Silak (pengerusi Persatuan Rekreasi Hebat), Victor Ong (pegawai khas pengerusi Suria Strategic Energy Resources-SSER) Faisyal Abu Bakar (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tanjung Aru) dan Arfandi Jaafar (pegawai perhubungan PKCS).



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page