Tema Pesta Kaamatan tahun ini bawa mesej sangat mendalam dan inklusif - Hajiji
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

1 Mei 2025
TAMBUNAN: Pesta Kaamatan adalah antara acara penting bagi rakyat Sabah, bukan saja bertujuan mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama, tetapi juga bagi menyatakan rasa kesyukuran di atas hasil tuaian yang baik.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kaamatan juga adalah cerminan keharmonian dan semangat muhibah dalam kalangan rakyat Sabah.
Katanya, ia selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, saling menghormati dan kebersamaan.
"Tema Pesta Kaamatan tahun ini - Kaamatan Untuk Semua, Kaamatan For All, Kaamatan Montok Toinsanan - membawa mesej yang sangat mendalam dan inklusif," katanya.
Beliau berkata demikian semasa semasa berucap menyempurnakan majlis pelancaran Pesta Kaamatan 2025 di Dewan Terbuka Pisompuruan di sini hari ini.
Hajiji berkata, Pesta Kaamatan bukan hanya milik satu komuniti, tetapi satu perayaan bersama yang merangkul semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
“Kaamatan kini bukan hanya pesta menuai. Ia menjadi lambang penyatuan rakyat, satu ruang untuk kita saling mengenali, menghormati, dan meraikan keunikan budaya masingmasing.
“Tema ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyatukan rakyat Sabah dari pelbagai lapisan masyarakat bagi meraikan warisan budaya kita yang kaya dan pelbagai,” katanya.
Komentar