top of page

Tempahan pembekalan perlu melalui saluran rasmi, elak penipuan dalam talian – DBKK

nabalunews
Mar 4
1 min read

4 Mac 2026


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan semua urusan tempahan pembekalan perlu dibuat melalui saluran rasmi pihak berkuasa tempatan itu bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan dalam talian.


DBKK dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya mengambil maklum beberapa siri kejadian kebelakangan ini melibatkan penyalahgunaan identiti dan jawatan pegawai kanan DBKK bagi tujuan tempahan pembekalan palsu menerusi aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp.


“Semua urusan tempahan pembekalan oleh DBKK hanya dibuat melalui pemakluman rasmi secara bertulis menggunakan surat atau emel rasmi berserta dokumen yang diperakui.


“DBKK tidak pernah membuat tempahan melalui saluran peribadi seperti WhatsApp, akaun media sosial persendirian atau panggilan tidak rasmi,” menurut kenyataan itu.di sini pada Rbu


Sehubungan itu, orang ramai khususnya pembekal dinasihatkan supaya membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menerima atau memproses sebarang pesanan yang menggunakan nama DBKK.


Sebarang pengesahan boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Hal Ehwal Korporat DBKK di talian 088-521800 bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.


“DBKK tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan penyamaran, penipuan atau penyalahgunaan nama pegawai, jabatan serta organisasi dan tindakan undang-undang tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat,” tambah kenyataan itu.


Orang ramai yang mengesyaki sebarang cubaan penipuan turut diminta segera membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page