top of page

Tenis persahabatan eratkan silaturrahim

  • nabalunews
  • Dec 8, 2024
  • 1 min read

8 Disember 2024


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN :  Perlawanan tenis persahabatan antara Persatuan Tenis Daerah Sandakan dan Kelab Tenis Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan yang disertai 48 pemain lelaki, wanita, veteran dan junior bagi memupuk nilai muhibah dan mengeratkan silaturahim di kalangan peserta, berlangsung di sini baru-baru ini.


Presiden Persatuan Tenis Daerah Sandakan, Silvester Lawi, memberitahu aktiviti ini bukan sekadar bersukan, tetapi juga memantapkan lagi ukhuwah dan tali persahabatan di kalangan peserta.


Pihaknya juga merakamkan penghargaan

kepada Presiden Kelab Tenis ILP Sandakan, Suhaidi Mustar dan kepada semua ahlinya yang sentiasa memberikan sokongan dalam sebarang aktiviti yang dijalankan oleh persatuan tenis Daerah Sandakan.


"Semoga perlawanan persahabatan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page