top of page

Terkini: Tragedi Hutan Tamaco Tungku. Dua Ditemui

  • nabalunews
  • May 12
  • 1 min read


12 Mei 2025


LAHAD DATU: Dua mangsa yang hilang di Hutan Tamaco Tungku, di sini, berjaya ditemui dengan selamat manakala dua lagi masih gagal ditemui.


Kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identiti mereka dilaporkan berjaya keluar dari kawasan hutan dengan sendiri selepas sesat sejak Khamis lalu.


Difahamkan, semua mangsa masuk ke hutan berkenaan untuk mencari hasil hutan dan berpecah kepada dua kumpulan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, setakat ini, dua lagi mangsa masih belum keluar dari kawasan hutan.


Katanya, pasukan bomba kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lengkap dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


“Operasi SAR pertama dilaksanakan bersama agensi penyelamat lain yang menjalankan radius pencarian satu kilometer bermula dari lokasi aktiviti mangsa mencari hasil hutan.



“Operasi SAR bagaimanapun terpaksa ditangguhkan pada jam 4 petang tadi disebabkan keadaan cuaca hujan lebat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, operasi SAR akan disambung semula pada hari esok dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Terdahulu dalam kejadian Khamis lalu, empat orang mangsa dikatakan masuk ke hutan berkenaan untuk mencari hasil hutan.


Bagaimanapun, semua mereka hanya disedari hilang petang, semalam, selepas penyelia kepada salah seorang mangsa menghubungi ahli keluarganya.


Penyelia terbabit memaklumkan salah seorang mangsa hilang yang dikenali sebagai Fendery Ani, 37, tidak hadir bekerja pada pagi Ahad.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page