top of page
nabalunews

Termometer pecah di makmal sekolah St John Tuaran, bomba bersihkan tumpahan merkuri

20 Ogos 2024


TUARAN: Termometer yang digunakan seorang pelajar terjatuh dan pecah semasa sesi pembelajaran dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St.John Tuaran di sini, pagi tadi.


Akibatnya, pasukan bomba mengambil masa hampir setengah jam membersihkan tumpahan cecair merkuri di sekolah itu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Muhammad Nor Amit berkata, panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima pada jam 9.07 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota serta pegawai ke lokasi.


“Cecair berbahaya itu tumpah di lantai bilik makmal sekolah selepas termometer yang digunakan pelajar terjatuh dan pecah semasa sesi pembelajaran dijalankan.


"Pasukan bomba yang memakai set pakaian pelindung diri (PPE) membersihkan tumpahan cecair merkuri itu menggunakan pasir sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas untuk tindakan pelupusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini


Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pelajar atau guru semasa kejadian dan operasi bomba ditamatkan jam 9.35 pagi.

Comments


bottom of page