top of page

Tersingkir dari Olimpik, ini kata-kata PM Anwar buat Azizulhasni

  • nabalunews
  • Aug 11, 2024
  • 1 min read

11 Ogos 2024


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi kata-kata semangat kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selepas tersingkir dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.


"Kamu tetap dan selamanya permata negara, terima kasih," kata Perdana Menteri menerusi hantaran dimuat naik dalam ruangan Facebook Story yang berlatar belakangkan gambar The Pocket Rocketman itu.


Berita Harian melaporkan Azizulhasni tersingkir awal kerana memotong pacer dalam saringan pertama pusingan awal acara keirin itu, sekali gus cubaan untuk meraih emas terkubur.


Penyandang pingat perak itu sepatutnya bersaing dengan lima pelumba lain iaitu Matthew Glaetzer dari Australia, Rayan Helal (Perancis), Kaiya Ota (Jepun), Jeffrey Hoogland (Belanda) dan pelumba Suriname, Jair Tjon En Fa.


Saringan satu itu dimenangi Glaetzer sementara kedua menjadi milik Hoogland.


Biarpun pasukan berbasikal negara cuba membuat rayuan, namun berdasarkan senarai pelumba ke pusingan 'repechages' menyaksikan nama Azizulhasni tiada dan ini bermakna kelibat pemenang pingat perak dan gangsa di Olimpik Tokyo 2020 dan Rio 2016 tidak akan kelihatan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page