TH pantau rapat konflik Asia Barat, keselamatan bakal jemaah haji diutamakan
- nabalunews
- 4 days ago
- 1 min read

2 Mac 2026
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sedang memantau dan menilai secara rapat keadaan perkembangan konflik semasa di Iran yang menjejaskan ruang udara di Timur Tengah.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, susulan konflik berkenaan, semua penerbangan pergi dan balik dari rantau itu digantung buat masa ini.
"TH sedang memantau dan menilai keadaan perkembangan konflik ini dengan rapat dan akan membuat pemakluman seterusnya pada masa yang sesuai.
"Berkenaan dengan tanggungjawab TH kepada bakal jemaah negara, tindakan TH seterusnya akan berdasarkan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Saudi dan Wisma Putra,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara menjadi keutamaan TH.
Terbaharu, Kementerian Luar mengeluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di tujuh negara di Timur Tengah berikutan perkembangan terkini di rantau itu.
Kementerian itu memaklumkan perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu ditangguhkan sehingga situasi keselamatan kembali stabil.
Rakyat Malaysia di negara-negara berkenaan turut dinasihatkan supaya bersedia menghadapi kemungkinan perubahan jadual penerbangan secara mendadak, penutupan lapangan terbang serta sekatan perjalanan.















Comments