top of page
  • Wartawan Nabalu News

Thaipusam pupuk perpaduan, toleransi masyarakat majmuk



25 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Sambutan Hari Thaipusam yang disambut khususnya di negeri ini dapat memupuk semangat perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick berkata, kemajmukan tersebut menjadi kekuatan kepada negara dan ia perlu dipertahankan.


Apa jua perayaan yang diraikan oleh masyarakat dalam negara yang aman dan makmur haruslah dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.

“Pada hari ini, saya berpeluang menghadiri perayaan yang bersejarah bagi masyarakat India iaitu Thaipusam dan masyarakat Cina yakni upacara adat menitik mata singa bertempat di Fook Tet Kung Temple,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Hari Thaipusam bertempat di Kuil Sri Subramaniar, Lok Kawi, di sini hari ini.


Katanya, ia merupakan testimoni kepada komitmen beliau bagi menunjukkan rasa hormat yang tinggi dan besar kepada kemajmukan dan kepelbagaian kaum agama, budaya, bahasa dan adat resam di negara ini.


“Kemajmukan inilah yang membina dan menjadi kekuatan kepada negara kita dan saya akan pertahankan khasnya di negeri Sabah,” katanya.

Comments


bottom of page