top of page

TIADA BAZAAR RAMADAN DI SABAH TAHUN INI

  • nabalunews
  • Apr 7, 2021
  • 1 min read

Updated: Apr 8, 2021


Gambar fail

7 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Bazar Ramadan di Sabah tidak dibenarkan untuk beroperasi pada tahun ini berikutan keadaan Covid-19 yang masih tidak stabil.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, keputusan itu dibuat berikutan kemunculan beberapa kluster baharu akibat penganjuran majlis sosial dan keramaian.



Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti Bazar Ramadan tahun ini.


"Kemunculan beberapa kluster baharu di Sabah akibat penganjuran majlis sosial dan keramaian di samping tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang rendah menyebabkan Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti Bazar Ramadan pada tahun ini," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.





 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page