top of page

Tiada catuan elektrik di Sabah dan Labuan hari ini

  • nabalunews
  • Jan 24, 2024
  • 1 min read


24 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kapasiti bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini (Rabu) berada pada jumlah 1070MW, namun diramalkan tidak ada catuan.


Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir. Adrian Mosigil berkata, permintaan maksima tenaga elektrik pula dijangka mencecah sehingga 1,041MW.


“Walau bagaimanapun, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 29MW sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu tersebut.


"Justeru, pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini diramalkan tidak akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Untuk rekod, tidak ada catuan bekalan yang dilaksanakan semalam dengan permintaan tenaga maksima dilaporkan sebanyak 1,046MW pada pukul 3.30 petang.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page