Tiada gempa bumi di Sabah, Sarawak – MetMalaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiada gempa bumi di Sabah, Sarawak – MetMalaysia


15 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak tidak mengalami kejadian gempa bumi seperti didakwa video yang tular di media sosial baru-baru ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan hari ini menafikan dakwaan sebuah video yang tular menerusi aplikasi TikTok yang menyatakan terdapat potensi berlakunya gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Feb.


“Pemantauan aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi berterusan 24 jam sehari yang dijalankan jabatan itu tidak mengesan sebarang kejadian gempa bumi, seperti yang didakwa.


“Sehingga 15 Februari, tiada gempa bumi dikesan berlaku di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Februari.


“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan video tular itu sebaliknya merujuk kepada sumber yang sahih,” katanya kenyataan itu.


Dalam pada itu, dalam kenyataan yang sama, MetMalaysia berkata sehingga kini tiada peralatan dan kaedah saintifik yang terbukti secara sahih dapat meramalkan kejadian gempa bumi sama ada bermagnitud kecil atau besar.


Orang ramai juga boleh membuat rujukan berkaitan maklumat gempa bumi di semua laman media sosial MetMalaysia serta laman web rasmi di pautan www.mygempa.met.gov.my.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page