Tiada Kaitan Dengan “Suara Mahasiswa Ums” Dan Teguran Penggunaan Logo Rasmi Ums Tanpa Kebenaran
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

20 Mac 2026
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil maklum berhubung beberapa hantaran tular di media sosial oleh entiti yang menggunakan nama “Suara Mahasiswa UMS”, termasuk dakwaan berkaitan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Pusat Komunikasi Korporat UMS dalam kenyataannya hari ini menegaskan, “Suara Mahasiswa UMS” bukan merupakan entiti berdaftar di bawah universiti atau suara rasmi UMS.
“Oleh yang demikian, sebarang kenyataan atau komentar yang dikemukakan oleh pihak berkenaan adalah tidak mewakili pendirian rasmi universiti.
“Dalam masa yang sama, UMS memandang serius penggunaan logo universiti oleh pihak tersebut tanpa kebenaran yang merupakan satu tindakan yang tidak sah dan mengelirukan khalayak awam,” katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi UMS bagi mendapatkan maklumat yang sahih serta mengelakkan sebarang kekeliruan.















Comments