top of page

TIADA KOMPROMI, INDIVIDU INGKAR ARAHAN PKPB: KETUA POLIS PENAMPANG

  • nabalunews
  • Nov 9, 2020
  • 1 min read


9 Nov 2020


PENAMPANG: Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap individu yang masih degil dan ingkar mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim berkata, walaupun hebahan menerusi variasi platform telah dibuat namun masih ada individu degil.

Tedahulu, Polis Daerah Penampang mengeluarkan kompaun ke atas lapan lagi individu yang ingkar dan melanggar SOP PKPB di dua lokasi berasingan, lewat petang semalam.

"Polis telah menahan dan mengeluarkan kompaun ke atas seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti sukan riadah berbasikal di Jalan Papar Lama- Lok Kawi Baru, semalam," katanya.

DSP Mohd Haris menjelaskan bahawa, sebarang aktiviti sukan riadah dan rekreasi tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh perlaksanaan PKPB ini.


Pada masa yang sama polis juga mengeluarkan kompaun ke atas tujuh lagi individu di sebuah kafe di Kg. Tembovo, Jalan Penampang Lama kerana didapati berkumpul dan tiada penjarakan fizikal.

"Pelanggan tidak dibenarkan untuk makan (dine-in) di premis menjual makanan dan perbuatan tersebut jelas menunjukan mereka seolah-olah 'kebal' dengan tindakan undang-undang," tambah beliau lagi.

Kesemua individu tersebut masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan melanggar Peraturan -Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No 8) 2020.

Pihak polis mengingatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP PKPB dan ianya adalah untuk kepentingan masyarakat semua agar rantaian Covid-19 ini dapat segera diputuskan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Penampang

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page