top of page

Tiada kompromi terhadap jenayah dalam talian - Fahmi

  • nabalunews
  • Nov 1, 2024
  • 1 min read
ree

1 November 2024


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi dalam menangani jenayah dalam talian, terutama yang melibatkan aktiviti pedofilia dan penipuan.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa langkah pelesenan platform media sosial tidak boleh ditangguhkan lagi demi memastikan keselamatan pengguna.


“Kita menerima aduan daripada orang awam tentang kewujudan kumpulan pedofilia dalam Facebook. Ada yang beratus orang, ada yang mencecah puluhan ribu orang kerana beroperasi bertahun-tahun lamanya.


“Jadi, saya tidak faham mengapa (Meta) mahu mempertahankan kumpulan scammer dan pedofilia ini. Kita sudah mengarahkan supaya platform media sosial dilesenkan. Maka, lesenkanlah,” kata Fahmi ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 di ibu negara, kelmarin.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page