top of page

TIADA LARANGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI KALANGAN UMAT BUKAN ISLAM DALAM AL-QURAN – WAN JI

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 25, 2021
  • 2 min read

Ustaz Wan Ji Wan Hussin

25 Mac 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Larangan penggunaan kalimah Allah yang bermaksud “Tuhan” dalam Bahasa Arab di kalangan umat bukan Islam tidak pernah dinyatakan dalam Al-Quran atau mana-mana hadis, kata Ustaz Wan Ji Wan Hussin.


Pengasas Pusat Pengajian Maqasid Quran menyatakan bahawa tidak ada di mana-mana di dunia Islam, dari awal sehingga kini, yang pernah melarang orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah, kecuali di Semenanjung Malaysia.



“Saya sendiri rasa pelik dengan cara Islam di Semenanjung ini. Adakah umat Islam di Semenanjung lebih baik daripada orang Islam pada zaman Nabi Muhammad? ” katanya semasa sesi webinar yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Wisdom Foundation, kelmarin.


Sesi webinar itu dikendalikan oleh ketua pegawai operasi Wisdom Foundation, Zila Fawzi, dan turut disertai panelis-panelis Datin Fazar Arif (Pengasas Pergerakan Orang Wanita - Empowerment and Revolution), Dr Mohd Faizal (Associate Fellow untuk Diaspora di Pusat Weatherhead, Universiti Harvard) dan Haji Amde Sidik (Pengerusi Progressive Institute of Public Policy).


Menurut pendakwah Islam itu, Surah Al-Ma'idah 5:106 dan Surah Al-An'am-109 di dalam Al-Quran adalah bukti bahawa orang bukan Islam tidak pernah dilarang untuk menggunakan kalimah tersebut, malah didesak untuk bersumpah demi nama Allah.


"Tidak pernah timbul sebarang masalah mengenai penggunaan kalimah ini di Arab Saudi. Perkataan ‘Allah’ turut tertulis di dalam Kitab agama Kristian dalam bahasa Arab.



"Saya juga tertarik apabila Kristian di Mesir berinteraksi antara satu sama lain seperti mana orang Islam saling berinteraksi. Mereka (orang Kristian) bahkan menyambut kami dengan ucapan 'assalamualaikum' yang merupakan perkara biasa di situ," katanya.


Menurut Wan Ji, seorang ulama Islam yang terkenal berasal dari Mesir iaitu Yusuf al-Qaradawi bahkan pernah menyatakan perasaan keliru ketika pertama kali isu Allah dibangkitkan di Malaysia pada tahun 1980-an.


"Berdasarkan pengalaman saya di Pakistan, India, Afghanistan dan Mesir, orang timur tengah malah bangga apabila orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah ketika berdoa," tambahnya.


Kata Uztaz itu, beliau percaya isu kalimah Allah yang bangkit di Malaysia sebenarnya tidak ada kaitan dengan isu agama tetapi sebaliknya lebih bersifat politik.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page