top of page

Tiada Lesen Mencarigali Dikeluarkan Kepada Bumi Suria Sdn Bhd– JTU

  • nabalunews
  • Jul 24
  • 1 min read

ree

24 Julai 2024


KOTA KINABALU: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah menegaskan tiada sebarang lesen mencarigali (Prospecting Licence) dikeluarkan kepada Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd di bawah peruntukan Ordinan Perlombongan Sabah 1960 (SMO 1960).


Pengarah Tanah dan Ukur, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min berkata jabatan itu memandang serius sebarang kenyataan, promosi atau tindakan yang mengaitkan syarikat tersebut dengan pemilikan lesen mencarigali.


Beliau yang juga Ketua Merinyu Galian Sabah berkata, ini kerana ia tidak mempunyai kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa perlombongan negeri.


“Untuk makluman umum, sebarang aktiviti pencarigalian mineral di Sabah hanya boleh dijalankan setelah memperoleh lesen sah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 6 dan 8 Ordinan Perlombongan Sabah 1960.


“Selain itu, ia juga tertakluk kepada syarat-syarat teknikal dan perundangan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Bernard berkata, pihaknya juga mengingatkan orang awam agar berwaspada terhadap maklumat mengelirukan yang disebarkan melalui mana-mana saluran media.


Sebelum ini, sebuah portal media tempatan melaporkan Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) menganugerahkan lesen penerokaan kepada Bumi Suria Sdn Bhd bagi tujuan perlombongan arang batu.


Menurut laporan berkenaan, syarikat itu didakwa telah diberi hak eksklusif meneroka dan mencari mineral di kawasan seluas 70,000 hektar di Hutan Simpan Kalabakan dan Gunung Rara berhampiran sempadan Kalimantan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page