Tiada penjawat awam atau petugas kontrak terjejas akibat penstrukturan semula
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiada penjawat awam atau petugas kontrak terjejas akibat penstrukturan semula


9 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan menafikan ada penjawat awam atau petugas kontrak yang diberhentikan akibat pembubaran beberapa kementerian dan agensi selepas pertukaran kerajaan.


Sebaliknya, proses penstrukturan semula hanya melibatkan penjajaran semula petugas ke tempat baharu.


Ini ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada Khamis.


Beliau berkata, antara kementerian dan agensi yang dibubarkan adalah Kementerian Wilayah Persekutuan, Unit Perumahan Awam, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).


"Contohnya, pembubaran Kementerian Wilayah Persekutuan, Unit Perumahan Awam serta penggabungan KeTSA dan KASA, tidak melibatkan penamatan jawatan penjawat awam serta petugas kontrak. Tetapi, kami menjajarkan semula penjawat awam sedia ada ke tempat baharu," katanya.


Beliau juga menjelaskan bahawa penstrukturan semula adalah berpandukan Dasar Pengoptimuman Perkhidmatan Awam (DPPA) yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan mengawal kadar pertambahan implikasi kewangan kerajaan.


Tambah beliau, kerajaan juga komited untuk menangani isu pengangguran dengan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian termasuk melibatkan sektor swasta dan pihak berkepentingan lain.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page