top of page

Tiada rancangan untuk kembalikan UPSR dan PT3

Wartawan Nabalu News

6 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai rancangan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang telah dimansuhkan sebelum ini.


Sebaliknya, kementerian akan memberi tumpuan kepada pendekatan pentaksiran yang lebih holistik untuk membangunkan potensi pelajar.


Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, pendekatan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan pentaksiran berasaskan bilik darjah (PBD) adalah lebih sesuai untuk menilai pelajar secara menyeluruh dan berterusan.


"PBS dan PBD memberi ruang dan peluang untuk membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan dilaksanakan secara berterusan. Jadi pada masa sekarang kita tidak akan kembalikan UPSR dan PT3," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Rasah Cha Chee Kin di Dewan Rakyat pada Selasa.


Tambah beliau, sistem pendidikan negara sebelum ini yang terlalu berorientasikan kepada peperiksaan akademik adalah bersifat 'high stake' yang memberi tekanan kepada murid serta guru.


Oleh itu katanya, PBS dapat menilai murid bukan sahaja berasaskan pencapaian akademik malah merangkumi aspek personaliti, kemahiran, nilai dan sikap.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page