top of page

Tidak Pernah Berlaku Kejadian Buli

  • nabalunews
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

ree

12 September 2025


KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Mustapha Limauan, Papar, menegaskan tidak pernah tahu berlakunya sebarang insiden buli di sekolah berkenaan sejak bertugas pada tahun 2012.


Peguambela remaja tertuduh, Joan Goh berkata, perkara itu disahkan saksi ke enam Linah Mansoding @ Jaliha, 65, ketika dipanggil memberi keterangan semasa prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner, hari ini.


Menurutnya, pengawal keselamatan itu turut menegaskan ketika rondaan pada malam sebelum kejadian tiada perkara mencurigakan yang berlaku di sekolah berkenan.


“Saksi ke enam mengesahkan tiada isu buli. Dia tidak tahu ada berlakunya kejadian buli sejak bekerja di sekolah berkenaan pada tahun 2012.


“Bila ditanya untuk penjelasan, apa maksud dia dengan “main-main saja” antara pelajar. Dia kata, ya, mereka hanya guna kata-kata dan sebagainya. Jadi, tiada perkara fizikal. Jadi, itulah buktinya. Kita akan lihat perkembangan selepas ini,” katanya pada sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini.


Pasukan peguam turut berkata, saksi berkenaan juga mengesahkan Zara Qairina tidak dimasukkan ke dalam mesin basuh dan pada malam kejadian tidak ada melihat atau mendengar insiden orang dipukul atau dihina.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page