top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiga badan JKKK DUN Kadamaian terima sumbangan daripada Ewon


Juin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

7 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kerusi dan kanopi kepada tiga kampung di kawasan Kadamaian.


Kampung yang menerima sumbangan itu ialah Gereja SIB Soronsob, Kg.Kelawat Pekan dan Kg.Taginambur Jaya.


Sumbangan masing-masing disampaikan oleh Ketua Pemuda UPKO Kota Belud Jolyhame Saran, Pemaju Masyarakat UPPM Kadamaian Clarence Samuil dan CDO UPPM Kadamaian Juin Kolod bagi mewakili Ewon.

Jolyhame (kanan) mewakili Ewon menyampaikan sumbangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Soronsob Bahab Taisin Dorisi merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon atas sumbangan berterusan kepada kampung khususnya Gereja SIB Soronsob.


Sumbangan lima mini kanopi untuk para penjaja Tamu Kelawat Pekan diterima oleh Pengerusi JKKK kampung itu Julin Mintu dan sumbangan kerusi untuk Mini Dewan Tamalang Taginambur Jaya diterima oleh Pengerusi JKKK Kg.Taginambur Jaya, John Sindoong.


Penyerahan sumbangan itu diwakili oleh beberapa pemimpin tempatan dan pemaju masyarakat yang berkhidmat di bawah Unit Pembangunan dan Penyelarasan Masyarakat (UPPM) N11 Kadamaian.


Comments


bottom of page