Tiga daerah di Sabah berubah Zon Jingga Covid-19
- Wartawan Nabalu News
- Nov 5, 2021
- 1 min read

4 November 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Tiga daerah di Sabah iaitu Semporna, Tongod dan Kunak kini berubah dari zon merah Covid-19 kepada zon jingga. Manakala Kalabakan satu-satunya daerah Zon Kuning tanpa mencatatkan kes baharu hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 23 lagi daerah kekal dalam zon merah. “Sebanyak 14 daerah mencatatkan penurunan kes dengan lima daripadanya merekodkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan (-26) kes, Kota Belud (-21) kes, Sandakan (-21) kes, Kota Kinabalu (-20) kes dan Kota Marudu (-16) kes. “Manakala 12 daerah lagi mencatatkan peningkatan dengan enam daerah menunjukkan peningkatan agak tinggi iaitu Tuaran (+24) kes, Putatan (+18) kes, Tawau (+15) kes, Pitas (+14) kes, Ranau (+11) kes dan Penampang (+ 11) kes,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Masidi berkata, seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik. “Kategori saringan kontak rapat masih menjadi penyumbang utama kes baharu hari ini iaitu 346 kes daripada jumlah keseluruhan sebanyak 655 kes. “Saringan bergejala pula sebanyak 266 kes, lain-lain saringan (36 kes) dan kategori kluster sebanyak tujuh kes (empat kes dari Kluster Tumbalang dan tiga kes dari Kluster Sawit Jati,” katanya.















Comments