Tiga kampung di Telupid terputus hubungan, jambatan rosak, feri tidak beroperasiTiga kampung di Telupid terputus hubungan, jambatan rosak, feri tidak beroperasi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiga kampung di Telupid terputus hubungan, jambatan rosak, feri tidak beroperasi


Jambatan Ansuan Berayung satu-satunya laluan alternatif penduduk di tiga buah kampung.

4 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Kira-kira 3,000 penduduk dari tiga buah kampung di sini terputus hubungan sejak beberapa hari lalu ekoran kerosakan jambatan gantung iaitu satu-satunya laluan akternatif penduduk kampung merentasi Sungai Labuk.


Seorang penduduk Kg.Baba Andrew Peter Parantis berkata, jambatan gantung ‘Jambatan Ansuan Berayung’ itu adalah laluan alternatif penduduk Kampung Baba, Kampung Ansuan dan Kg. Sebrang Buis yang tidak menggunakan perkhidmatan feri.


“Jambatan gantung itu adalah satu-satunya laluan alternatif penduduk kampung untuk menyeberang Sungai Labuk untuk ke Pekan Telupid sekiranya tidak menaiki feri.


“Tetapi disebabkan jambatan itu mengalami kerosakan akibat banjir sejak 2 Januari lalu dan feri juga tidak beroperasi sejak 30 Disember 2021 sebab banjir sehingga hari ini, penduduk kampung mengalami masalah sekiranya berlaku kecemasan,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Perkhidmatan feri tidak beroperasi sejak 30 Dis 2021.

Sehubungan itu Andrew berharap agar jambatan itu dibaiki segera kerana ia adalah satu-satunya laluan alternatif penduduk kampung selain perkhidmatan feri.


“Saya juga mencadangkan agar kerajaan membina jambatan konkrit menyeberangi Sungai Labuk menggantikan jambatan gantung,” katanya.


Beliau berkata, jambatan gantung itu masih boleh digunakan tetapi ia

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page