TIGA KLUSTER BAHARU DIKESAN DI KUNAK, NABAWAN, KOTA KINABALU
- Wartawan Nabalu News
- Apr 2, 2021
- 1 min read

2 April 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan daerah Kunak, Nabawan dan Kota Kinabalu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster di Kunak dikenali sebagai Kluster Pasaraya Simpang Empat mencatatkan dua kes positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes.
"Kes indeks merupakan seorang pekerja pasaraya yang dikesan positif Covid-19 melalui
saringan bergejala di sebuah pusat perubatan pada 26 Mac lalu.
"Hasil saringan kontak rapat dan tempat kerja pada 27 Mac hingga 29 Mac mendapati 10
lagi pekerja disahkan positif.
Masidi berkata, kluster kedua dikenali sebagai Kluster Kalindukan di Nabawan mencatatkan tiga kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 13 kes.
Katanya, kes indeks dikesan positif melalui saringan pengiring pesakit di pusat perubatan pada 25 Mac.
"Kes indeks dipercayai mendapat jangkitan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kg Kalindukan, Nabawan.
"Daripada 149 kontak rapat yang disaring, 12 orang disahkan positif," katanya.
Beliau berkata, Kluster Banjaran Gading di Kota Kinabalu pula mula dikesan pada 31 Mac lalu pabila kes indeks menjalani saringan bergejala di sebuah pusat perubatan.
"Daripada 16 kontak rapat yang disaring, lapan disahkan positif Covid-19, sementara lima lagi negatif dan tiga sampel masih belum diketahui keputusannya.
"Setakat ini, jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah lapan kes. Hasil penelitian, jangkitan dipercayai berpunca daripada kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Comentários