top of page

TIGA LAGI KLUSTER BAHARU COVID-19 DIKESAN DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 11, 2020
  • 1 min read


11 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiga lagi kluster baharu Covid-19 iaitu Kluster Karamunting, Kluster Saga dan Kluster Haven, masing-masing dikesan di daerah dikesan Sandakan, Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Karamunting yang dikesan di Sandakan membabitkan kes indeks (ke-18,492) hasil saringan individu bergejala pada 15 Okt lepas dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.

Beliau berkata, hasil saringan kontak rapat mengesan 20 lagi kes positif Covid-19 dan mereka dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Kompleks Sukan Sandakan dan Dewan Rafflesia Sandakan.

“Sehingga 12 tengah hari ini, 30 individu disaring dengan 21 kes dikesan positif manakala sembilan individu dikesan negatif,” katanya pada sidang media, hari ini.

Noor Hisham berkata, kluster kedua iaitu Kluster Saga di Kota Kinabalu membabitkan kes indeks (ke-41,492) hasil saringan individu bergejala pada 8 Nov lepas.

Katanya, hasil saringan kontak rapat mengesan lapan lagi kes positif Covid -19 dan mereka dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Daripada sejumlah 56 individu yang disaring sehingga tengah hari tadi, sembilan kes dikesan positif manakala 47 masih menunggu keputusan.

Beliau berkata, Kluster Haven yang dikesan di Lahad Datu menyaksikan lima kes indeks dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 5 Nov lepas.

“Hasil saringan kontak rapat mengesan enam lagi kes positif COVID-19 dan mereka dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Program Perumahan Rakyat (PPR) Payang dan Hospital Lahad Datu.

“Sehingga tengah hari tadi, 140 individu disaring dengan 11 kes dikesan positif, 112 negatif manakala 17 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page