top of page

Tiga lelaki ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam op mabuk di Penampang

  • nabalunews
  • Sep 9, 2024
  • 1 min read


9 September 2024


PENAMPANG: Tiga lelaki berusia 30-an ditahan dalam operasi bersepadu "Op Mabuk" yang dijalankan oleh polis di Jalan Kota Kinabalu - Penampang, berhadapan SMK Bahang, awal pagi Ahad.


Operasi ini bertujuan untuk memastikan keselamatan jalan raya dan pematuhan terhadap undang-undang lalu lintas.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, memaklumkan bahawa ketiga-tiga individu tersebut ditahan di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.


“Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara selama dua tahun dan dikenakan denda antara RM10,000 hingga RM30,000,” katanya.


Selain daripada tangkapan tersebut, pihak polis turut mengeluarkan 41 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, termasuk 11 kes kerana tidak memiliki lesen memandu.


Operasi ini diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Penampang, Inspektor Rozami Hj Ahmad, dengan bantuan 14 anggota polis.


"Seramai 95 individu dan 90 kenderaan telah diperiksa, dan operasi berakhir dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini pada jam 3 pagi tadi," tambah Superintendan Sammy.


Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak polis untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan meminimumkan kesalahan lalu lintas di daerah Penampang.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page